ini bukan facebook

Jiwa Online
Pemilik Blog: Ampuan Awang  Berkhidmat dalam: Kerajaan Malaysia (Tukang Kebun). Mana tinggal? Di Kepala Batu, Antartika Edit Profile
  Post To:
anyone or anywhere  

Kias Rumi: Tentang Bayang Dalam Cermin

Berkias Rumi : "Lihatlah bayang dalam cermin : Itu adalah bayang engkau (sendiri), itu bukannya bayang cermin." [Masnawi, B2:1792]


** Kias Rumi yang diterjemahkan oleh Pak Darma [Darma Mohammad] kali ini berkata tentang bayang dalam cermin. Maulana Rumi menumpu terus ke dasar apabila kita lihat beliau berkias tentang bayang [wajah] yang berada di dalam cermin. Terlalu luas sebenarnya jika kita hendak tafsirkan kembali kiasan ini tapi cukuplah dengan menyatakan salah satu dari perkara penting yang menjadi titik tolak adalah diri sendiri. Sibukkanlah menelaah diri sendiri [Muhasabah] dari menyibukkan diri menyelak tepi kain orang. Segala perbuatan buruk akan kembali kepada diri sendiri, bukan kepada orang lain. Akan tetapi bagi mereka yang sedar, cermin pastinya menginsafkan di mana segala cacat yang terpamer pada cermin adalah hakikat diri. Kiasan 'CERMIN' sememangnya tepat dan menyedarkan setiap kali kita terlupa kecacatan yang ada pada badan.


Terjemahan teks oleh: Pak Darma [Darma Mohammad]
Diulang kembali ke laman ini oleh: Ampuan Awang

SECRETS OF HARIMAU - The Explosive Art of Pencak Silat Harimau MinangkabauThe Malay Art of Self-Defense: Silat Seni GayongPencak Silat Defence against Blades

2 comments :

cemomoi said...

cermin kalau salah guna boleh membuatkan kita riak la pulak... jadi baca doa di kala bercermin diri

Ampuan Awang said...

'Kias'; 'Kias' sahaja ;)

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
      faceblog © 2013 · re-designed by J. KingRaja           About · Advertising · Create a Page · Developers · Careers · Privacy · Terms · Faceblog Creator · Back to Top