ini bukan facebook

Jiwa Online
Pemilik Blog: Ampuan Awang  Berkhidmat dalam: Kerajaan Malaysia (Tukang Kebun). Mana tinggal? Di Kepala Batu, Antartika Edit Profile
  Post To:
anyone or anywhere  

Kau Siapa? Aku Siapa? Nafsu, Jawab!

Nafsu itu
mesti diarah
dibimbing
dididik
Bukannya diikut
Apabila nafsu
berjaya dikekang
tiadakan timbul
istilah kau siapa,
aku siapa
Jadi?
Apa jawabnya
andai ditanya
Kau siapa? Aku Siapa?
maka katakan saja
"Kau tahi!"
Di matamu ada tahi
di hidungmu ada tahi
di telingamu ada tahi
di lubang dubur itu ada tahi
Di sudut mana kita berbeza?
sedangkan semua itu ada pada kita?
Status manusia
Sama saja
dari mula diciptakan
sehinggalah dimatikan
Titik-titik-titik
barulah disedari
Kematian itu
Sesuatu yang pasti
semoga nafsu
kembali menjadi lembut
dan tenang menurut
arahan dari badan
mereka yang sentiasa
melaksana urusan Tuhan
sebaik-baiknya

Wahai nafsu
Tenanglah


** P/s: Aduhai...

Tangan yang menulis: Awang Awang

0 comments :

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
      faceblog © 2013 · re-designed by J. KingRaja           About · Advertising · Create a Page · Developers · Careers · Privacy · Terms · Faceblog Creator · Back to Top