ini bukan facebook

Jiwa Online
Pemilik Blog: Ampuan Awang  Berkhidmat dalam: Kerajaan Malaysia (Tukang Kebun). Mana tinggal? Di Kepala Batu, Antartika Edit Profile
  Post To:
anyone or anywhere  

'Jelama' [Akrab Bertemankan Dunia Dan Seisinya]



'Jelama'
Takkan pernah
berhenti
mengejar kuasa
di dunia
Takkan berhenti
dari
terus mengejar
sehingga
hayat diri
putus;
Nafas tersekat
-- di
kerongkongan
barulah
-- ia
berhenti mengejar
-- katanya:

"Kuasaku hilang!
Kuasaku kembali
ke pangkuan.
Ke mana harus
aku sandarkan
nasib badan.
Malang kucipta,
aku mengundang
murka Tuhan.
Aku malu
bertemu Tuhan
dalam cacat
serta telanjang
kerana dosaku
membesarkan dunia
dari Diri-Nya..."

'Jelama'
Lepaskan tanganmu
dari terus
mengenggam dunia
Jalani hidup
seperti biasa
Usah terikat
dengan dunia
sehingga ia bisa
membelit kamu
menguliti kamu
-- kerana
Ia tiada mengira
siapa kamu;
Sama ada
yang menulis
atau pembaca,
dikira sama sahaja.


'Jelama'
Fikirkan seketika
Sebuah tragedi
bakal kau cipta
Akibat dari
perbuatan
yang terhasil
dari tanganmu
-- sendiri!


** Jelama = Manusia

Cetus minda oleh:

0 comments :

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
      faceblog © 2013 · re-designed by J. KingRaja           About · Advertising · Create a Page · Developers · Careers · Privacy · Terms · Faceblog Creator · Back to Top