ini bukan facebook

Jiwa Online
Pemilik Blog: Ampuan Awang  Berkhidmat dalam: Kerajaan Malaysia (Tukang Kebun). Mana tinggal? Di Kepala Batu, Antartika Edit Profile
  Post To:
anyone or anywhere  

Hakikat Mer... Deka! [Ulangan Beratus Kali]



Merdeka!
Kita sudah bebas.
Tapi minda belum lagi.

Merdeka!
Penjajahan dan pendudukan sudah tiada.
Tapi ada lagi yang masih dijajah dan diduduki.

Merdeka!
Masyarakat kita berbilang bangsa
Tapi sepakat itu belum tahu.
Ada lagi lompang dan berlubang.

Merdeka!
52 tahun ini terlalu banyak perubahan.
Rumah kecil menjadi besar
Orang miskin ada yang sudah kaya
Kereta mewah sebagai bukti.
Bumiputera sudah keluar dari kepompongnya.
Pemilik tanah penuh kocek dengan wang
hasil jualan keluasan, kelebaran tanah pusaka miliknya.
Dipajak gadaikan
Tanah bertukar tuan.
Tuan tanah jadi gelandangan.

Merdeka!
Apa kau laungkan sebenarnya?
Penilaianmu tentangnya jauh menyimpang.
Merdekamu hanya kuat di padang sahaja.
Detik 12 tengah malam ditunggu-tunggu.
Setelah selesai...
Ada yang kembali merdeka di meja judi.
Ada yang kembali merdeka dengan meminum todi.
Ada yang kembali merdeka di rumah tumpangan.

Inikah Merdeka?
52 tahun Merdeka,
hakikatnya apa?
Apa yang MER... Apa yang DEKA?


** Adil atau tidak? Fikirlah sendiri... Lihat bendera kita; orang kita takkan tukar bendera yang dipacak selagi pihak berwajib turun padang untuk memberikan bendera percuma di bulan Merdeka!


Diulang kembali di sini oleh: Ampuan Awang

0 comments :

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
      faceblog © 2013 · re-designed by J. KingRaja           About · Advertising · Create a Page · Developers · Careers · Privacy · Terms · Faceblog Creator · Back to Top