ini bukan facebook

Jiwa Online
Pemilik Blog: Ampuan Awang  Berkhidmat dalam: Kerajaan Malaysia (Tukang Kebun). Mana tinggal? Di Kepala Batu, Antartika Edit Profile
  Post To:
anyone or anywhere  

Derita Palestina - Selamat Datang Ke Bethlehem

Tembok konkrit
-- dibina sepanjang garisan
hampir saja menutupi ruang
di atas bumi itu.


Tembok konkrit
-- akan merentas keseluruhan
sehingga berjaya mengetepikan
hak pribumi itu.

Ke mana lari mata kita?
Kita melihat; bermakna kita tidak buta

Ke mana lari telinga kita?
Kita mendengar; bermakna kita tidak tuli

Ke mana lari hati kita?
Kita berhati; bermakna kita ada rasa simpati

Ke mana lari suara kita?
Kita bersuara; bermakna kita tidak bisu!


-- Mengenang nasib dan derita Palestina
Jiwa mempersalah pertikai kuasa negara
Liga Arab sengaja hendak bertarik tali
bersekongkol dengan kuasa penjajah;
pembunuh para Nabi!
Sehingga membelit dan akhirnya --
membunuh teman sendiri...

Tembok konkrit itu
Semakin kukuh binaannya
bakal meruntuh sejarah
lalu menerima hasil fakta terbaru
-- bahawa Yahudi berkuasa mutlak di situ!



Oleh:


Saat Istirahat 8/3/2010

0 comments :

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
      faceblog © 2013 · re-designed by J. KingRaja           About · Advertising · Create a Page · Developers · Careers · Privacy · Terms · Faceblog Creator · Back to Top