ini bukan facebook

Jiwa Online
Pemilik Blog: Ampuan Awang  Berkhidmat dalam: Kerajaan Malaysia (Tukang Kebun). Mana tinggal? Di Kepala Batu, Antartika Edit Profile
  Post To:
anyone or anywhere  

Bingkisan Sejarah Raub Rao Dan Pagaruyung: Pertaliannya Dengan Raub Dan Pahang [Hasil Kajian Sahabat Di Pahang]

Kategori: Buku
Genre: Sejarah
Penulis: Zaffuan Haji Manap

Penulisan buku ini di buat berdasarkan sebuah manuskrip - Riwayatut Tammauwi yang bermaksud Cerita Bagi Bangsa Temau (Dong) yang dijadikan rujukan utama. Manuskrip berbahasa Melayu tulisan jawi ini dihasilkan oleh Imam Ishak Haji Muhammad Ariff (1908 - 1992) seorang tokoh yang dihormati oleh masyarakat di permukiman Dong, RAUB, PAHANG . Di samping itu sumber juga berdasarkan sejarah lisan yang diperolehi daripada generasi lama di daerah tersebut.

Antara perkara penting yang disentuh ialah penghijrahan kelompok orang Rawa (Rao) ke Hulu Pahang. Perang Paderi di Sumatera serta tekanan penjajah Belanda terhadap penduduk disana menjadi antara sebab utama yang membawa kepada penghijrahan tersebut. Secara sepintas lalu dicatatkan sejarah Kerajaan Pagaruyung dan pergolakan yang berlaku di sana. Semua ini memberi latar bagi memudahkan pemahaman tentang masyarakat yang berhijrah ke Tanah Melayu. Beberapa petempatan dan kampung yang di kesan sejarah pembukaannya telah menemukan kita dengan beberapa tokoh penting serta jalur keturunan mereka di samping peranan dan sumbangan mereka.

Kumpulan yang datang ke Tanah Melayu bukan sahaja dari kalangan masyarakat biasa tetapi juga kelompok bangsawan, tokoh agama dan juga golongan pendekar yang meninggalkan darjat dan status sosial mereka, sebaliknya bersedia menyesuaikan diri dengan alam baru. Tidak dapat dinafikan bahawa kumpulan orang Sumatera ini memberikan sumbangan besar terhadap pembangunan di kawasan petempatan mereka. Ada yang diberi pengiktirafan dan dilantik menjadi pemimpin masyarakat setempat dan ada yang generasi mereka hari ini telah menjadi tokoh yang dihormati.

Kajian dan penulisan seperti ini walaupun lingkungannya terhad tetapi memberi sumbangan besar dari segi melengkapkan banyak lompang pensejarahan negara. Dengan membaca buku ini kita akan lebih memahami sejarah pertumbuhan sesebuah petempatan dan masyarakat di persekitarannya yang membentuk sebahagian daripada negara Malaysia hari ini.


Diterbitkan oleh:
Anjung Media Resources
205B Jalan Negara Dua,
Taman Melawati,
53100 Kuala Lumpur.
Tel/ Fax : 03 - 4147 1142
Email : sej.malaysia@yahoo.com



Buku ini ditulis oleh sahabat baik saya [Zaffuan bin Manap] ketika berada di Taman Seri Gombak, Bukit Tinggi, Bentong, Raub, Sungai Buloh, Shah Alam... Fakta yang ada dalam buku ini adalah hasil dari penyelidikan beliau yang bermula di Raub sehingga membawa dirinya terus mencari ke Tanah Datar dalam usaha mencari kebenaran dan juga salasilah keluarga yang telah lama terputus.

2 comments :

Ampuan Awang said...

Semalam, sahabat karib menghantar SMS tentang bukunya yang terbaru tapi belum ada jawapan sama ada boleh atau tidak untuk diterbitkan. Keputusannya di tangan syarikat yang menilai hasil kajiannya... Semoga Allah memudahkan segala urusan

Dr. Aminudin Abdul Karim said...

kalau mereka tidak bersedia, saya bersedia menerbitkannya

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
      faceblog © 2013 · re-designed by J. KingRaja           About · Advertising · Create a Page · Developers · Careers · Privacy · Terms · Faceblog Creator · Back to Top