ini bukan facebook

Jiwa Online
Pemilik Blog: Ampuan Awang  Berkhidmat dalam: Kerajaan Malaysia (Tukang Kebun). Mana tinggal? Di Kepala Batu, Antartika Edit Profile
  Post To:
anyone or anywhere  

Benih Bangsa Merdeka



Demi negara yang ku junjung
ku pertaruhkan jiwaku padanya
kecintaanku tiadakan berubah
Kerana lahirku di bumi ini
Tembuniku ditanam di sini
Puluhan tahun hidup
ku lalui
dengan suasana gembira
Walaupun ada kalanya datang sedih
itu perkara biasa
fitrah manusia

Dan demi negara yang tercinta
ku ingati selalu 5 perkara;

  1. Kepercayaan kepada Tuhan
  2. Kesetiaan kepada Raja dan Negara
  3. Keluhuran Perlembagaan
  4. Kedaulatan Undang-undang
  5. Kesopanan dan Kesusilaan
Inilah teras perpaduan
tanpa menuntut kesamarataan
kerana ia telah termaktub
di dalam Perlembagaan

Bersatulah
Usah berpecah
Kita ini pewaris bangsa Merdeka
di pundak kita
ada tanggungjawab yang harus dilaksana
Ingat,
Bangsa kita bukan datang dari benih yang gagal
Baka kita ini subur
Marilah bersama membuka mata
Lihatlah perubahan negara kita
bandingkannya
dengan keadaan 52 tahun lepas
... Mereka pasti akan diam
dan kalian akan tetap duduk senang
tersenyum riang.


P/s: Teristimewa kutujukan buat rakyat Malaysia. Disebabkan terlalu sedih, aku menulisnya tanpa diedit langsung. Biarlah, biar seluruh dunia menilainya. Aku bangga jadi anak Malaysia. Itu saja...




Tangan yang menulis: A. Awang
Hadirnya Kekuatan Negara Terletak Pada Keutuhan Bangsanya Yang Bersatu Tanpa Mengira Kedudukan Dan Warna Kulit Mereka

0 comments :

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
      faceblog © 2013 · re-designed by J. KingRaja           About · Advertising · Create a Page · Developers · Careers · Privacy · Terms · Faceblog Creator · Back to Top