ini bukan facebook

Jiwa Online
Pemilik Blog: Ampuan Awang  Berkhidmat dalam: Kerajaan Malaysia (Tukang Kebun). Mana tinggal? Di Kepala Batu, Antartika Edit Profile
  Post To:
anyone or anywhere  

Belaian Rakus PKMM [Hancur Bangsa Kerananya]



Belaian PKMM
mulai meresap kembali
setelah lama menghilang
Duduk menjauh di dalam hutan
bersama perjuangan merdekanya
bersama agenda kabur bawaan mereka

Belaian PKMM
Sudah kukatakan
era kamu sudah berakhir
Tiadakah engkau sedar
Wahai Chin Peng!
Buka telingamu
Buka matamu luas-luas
Bumi Malaysia ini
tiadakan layak
buat tempatmu duduk
apatah lagi untuk engkau mati di sini
Seolah dirimu itu datang dari kalangan kami
para penduduk di sini mahu melihat
aman dan damai
Tanpa ada darah yang tumpah
Menitik jatuh di atas
bumi merdeka ini
Lupakanlah
Niatmu!

Belaian PKMM
Menuntut pengorbanan
bukannya pengampunan
atas segala perbuatan
yang dilakukan
tak kira dahulu
kini
atau kemudian
Dengarlah wahai Chin Peng
Perjuanganmu sudah tamat
tiada apa lagi yang perlu engkau perjuangkan
Tinggalah di sana
Pastinya lebih aman tinggal di dalam hutan
dari engkau tinggal di tengah kota
Menambah duri luka
bagi mereka yang pernah merasa
sadisnya mereka hidup
di bawah pemerintahanmu

Chin Peng
Ulah sekalian kamu
menyakitkan kami
usahlah datang merayu
Kami ini,
tidak sudi
menerima kamu kembali
Tiada kami mahu
Pisang berbuah dua kali
Tiada kami mahu
disebabkan kamu
tiang yang sudah berjaya
kami tegakkan selama ini
engkau tumbangkan
sesuka hati!


** Niat di hati ingin menghidupkan semula blog ini sebagai blog rasmi


Tangan yang menulis: A. Awang
Padamkan Sejarah Komunis Dari Kotak Pemikiran!

0 comments :

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
      faceblog © 2013 · re-designed by J. KingRaja           About · Advertising · Create a Page · Developers · Careers · Privacy · Terms · Faceblog Creator · Back to Top