ini bukan facebook

Jiwa Online
Pemilik Blog: Ampuan Awang  Berkhidmat dalam: Kerajaan Malaysia (Tukang Kebun). Mana tinggal? Di Kepala Batu, Antartika Edit Profile
  Post To:
anyone or anywhere  

Bahana Tangan Ghaib!


Ada tangan ghaib menyentap jantung
Membuat diri sakit tersembur darah
Merah warna mengalir dari mulut kecil
Memuntahkan nanah busuk
Akibat dengki dan khianat tetangganya.

Mereka mengulas senyum riang
Tubuh kita sudah dipembaringan
Mereka menyimpul kata nista di belakang
Semasa kita dimandi kapankan
Sebelum batang tubuh kita disegerakan pengkebumian.

Wahai jiwa-jiwa, kau
Ditohmah lagi tanpa henti
Tiada perhentian segala perbuatan
Sehinggalah dia sendiri pun
merasa apa yang kita rasa!


** Aku tiada layak berada di depan. Sedang setiap langkahku seolah diperhatikan. Oh mata guli yang juling. Menyeringai dirimu seolah kau itu penganti tempat Nyi Roro Kidul dari Laut Selatan!

Tangan yang menulis: Ampuan Awang

0 comments :

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
      faceblog © 2013 · re-designed by J. KingRaja           About · Advertising · Create a Page · Developers · Careers · Privacy · Terms · Faceblog Creator · Back to Top