ini bukan facebook

Jiwa Online
Pemilik Blog: Ampuan Awang  Berkhidmat dalam: Kerajaan Malaysia (Tukang Kebun). Mana tinggal? Di Kepala Batu, Antartika Edit Profile
  Post To:
anyone or anywhere  

Aktiviti Di P175: Pertandingan Ayam Serama Anjuran Kelab Serama Papar


Sebut kata mene ni adik kakok
Ambo turuk semace pah sebabok-sebabok
Dulu tanding belale, tanding burung ngobok
Loni aye seramo pulok
O..ooo ambo sediri pun pero jugak

Kerek bekukok kok bowak perkok
Ko kerek kerek kok kok krek kok
Pilih hok molek hok napok ngatok
Kita semelih buat sup
O..ooo buat kesek pun nyakot

Sepuluh ribu seko ore tawar
Di kampong Penambe ambo dengar khaba
Maha weh aye lebih pada kuba
Tapi tue' tok se jual

Aye seramo ni comel sungguh
Tengok ko romo potongnge tubuh
Berconget eko bersambung tubuh
Mace dewo sayap labuh
O... ooo akat dado mace jaguh

Tengok ko balung mace mahkota
Lawi naik cakung pah datah palo
Gaya napok sobong jale napok mete
Atah canggung buka dado
O... ooo pakat likung tuo muda

Pero aye seramo buke kelah debek
Hok pero dio ore standek stendek
tubik tidak teraso pitih dale pokek
Kalu keno ko hok molek
O... ooo seribu seko pun tok ngepek

Tanding aye seramo buleh wat sejaroh
Ada saing ambo nok ko hadiah
Dio sambung eko ambo tahu doh
Dio guna ge cak gajoh
O... ooo napok kawe saloh haboh

Bekali bubuh ge saloh banyok
Nyo kepanase aye jadi moyok
Dulu tekok jije'n loni jadi krotok
napok mace keno kronyok

Laghu ni prangai tok leh nok tiru
Punah ore ramai malu pah ko gu
Tebeng dok ama kijo lagu tu
Lambak bangat ore tahu
O... ooo lebih baik pero lembu
Sebut kata mene ni adik kakok
Dia mace pah sebabok-sebabok
Dulu tanding belang, tanding burung ngobok
Loni aye seramo pulok
O.. ooo dale Klate gege gego



Lirik di atas sebagai pemula cerita hari ini selepas melihat sekejap di pasar minggu [Tamu] pekan Papar. Jarang amat pertandingan ayam serama di sini rasanya melainkan kedengaran bunyi tanding sabung ayam yang kuat bunyinya sampai ke telinga mata-mata penguasa.

Apa agaknya yang menarik dengan ayam serama? Ayam serama sememangnya cantik, jinak dan pastinya tidak merbahaya untuk dijadikan binatang peliharaan; riang tenang mata melihat telatah ayam serama yang ligat berdiri bersama lentik ekornya.

Ternyata ayam serama yang datang dari hasil kacukan burung seperti burung hutan, ayam kerdil Thai dan juga Bantan berjaya menawan hati pelbagai lapisan masyarakat ditambah dengan kejinakkan, mudah dan murahnya untuk dipelihara.

Tentang harga ayam serama tidaklah diketahui pula kerana tak sempat bertanya apa-apa soalan dengan tuan pemilik ayam serama tapi apabila dilihat dari rupa bersama liuk lintuk ayam, tinggi nilainya! Sila lihat gambar seterusnya di bawah ini:-

Ayam serama yang dipertandingkan

 Antara aksi ayam serama
 Para juri sedang menilai ayam serama yang bertanding


Tahniah buat Kelab Ayam Serama Papar kerana telah berjaya menganjurkan satu pertandingan yang tersangat menarik, tambahan pula acara ini bukan pertandingan tertutup tapi ia datang oleh pemilik ayam dari kawasan pantai barat selatan. Semoga acara sebegini diteruskan lagi di masa hadapan bagi membuka mata orang ramai serta para pengunjung yang datang bertandang ke pekan Papar. PESANAN PENAJA: Ayam Katik bukanlah Ayam Serama walaupun ia sama kecil molek bentuk badannya, perhati betul-betul. Khuatir pula nanti kita tertipu setelah tersilap beli ayam yang berjenama 'KATIK'!

Sekian...


Oleh: Ampuan Awang bersama isteri tercinta
Pekan Papar 28/03/2010

0 comments :

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
      faceblog © 2013 · re-designed by J. KingRaja           About · Advertising · Create a Page · Developers · Careers · Privacy · Terms · Faceblog Creator · Back to Top