ini bukan facebook

Jiwa Online
Pemilik Blog: Ampuan Awang  Berkhidmat dalam: Kerajaan Malaysia (Tukang Kebun). Mana tinggal? Di Kepala Batu, Antartika Edit Profile
  Post To:
anyone or anywhere  

Selapis Duka [Ucap Takziah Buat Sahabatku Hasyuda Abadi]



Ada jiwa sedang longlai
Letai tatkala berita disampai
Nada sedih bak badai di sungai
Hati pedih sakit payah dirungkai
Kepada Tuhan kembali;
Mohon agar ketinggian sabar dicapai
Kerana kita maklum akan ketentuan
ajal di tangan Dia
Hak mutlak pada tangan-Nya
Sabarlah -- sabarlah -- sabarlah
Hitam putih kehidupan
kita corakkan
dari mula
kita
dilahirkan.
Doa sekalian
hamba sebenarnya
sama -- kita ini
mencari dia
lewat atau --
singkat masa pertemuan
semoga sekalian kita
dikembalikan dalam
-- Khusnul khotimah
dimasukkan ke dalam Jannah
bukan kerana pahala
tapi kerana rahmat;
inilah yang sebenar-benarnya
Jalan kita --
Menuju Dia-- Dia
Yang Esa...
... Amin -- Amin -- Amin



Ikhlas dariku buat Sahabat baik Hasyuda Abadi... [Luka itu sakit yang menyakitkan; mohon diperteguhkan Tuhan atas iman walaupun kadang iman kita ini tipis dan senipis kulit bawang]

Oleh: Ampuan Awang

0 comments :

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
      faceblog © 2013 · re-designed by J. KingRaja           About · Advertising · Create a Page · Developers · Careers · Privacy · Terms · Faceblog Creator · Back to Top