ini bukan facebook

Jiwa Online
Pemilik Blog: Ampuan Awang  Berkhidmat dalam: Kerajaan Malaysia (Tukang Kebun). Mana tinggal? Di Kepala Batu, Antartika Edit Profile
  Post To:
anyone or anywhere  

Gendang Makrifat [Jelajah Diri Dalam Pakaian Syariat Sebelum Jelajah Jauh Ke Dasar]



Dalam jiwa terhampar hijab
Alam makrifat terhalang menembus
Laluan gelap tanpa sempadan.
Anjung senja menyala kemerah-merahan
Mata redup, pedih -- sukma kontang kelayuan.

Makrifat itu bukan prasangka mainan
Apatah lagi senda gurauan
Kurang ilmu pasti tersungkur
rebah dalam belitan
iblis bersama sekutu sepermainan
Fatamorgana dikongsikan
Angan-angan dibunga-bungakan
tiada langsung hati kesedaran
Untaian isi al-Quran kauketepi -- kauperlekehkan
Lambai syariat agama masih telanjang -- menganggap diri setaraf Tuhan
-- kau dahulukan yang lain; sedang kau maklum di mana tempatmu diam.

Isim diri dilupakan
Naik jasad terangkat ke permukaan
Siagakanlah diri dahulu dengan kelengkapan
Amarah dibuang bukan disembahyangkan
Nikmat mendekat; langkahlah
-- sedikit demi sedikit; hingga jelajahmu tiba ke makam Muthmainnah...



P/s: Kusalin kembali dari cebisan kertas lama (yang terselamat dari minda terbakar). kutulis semula hari ini buat tatapan umum (kerana kadang kita ini seolah berlari telanjang tanpa sedar).


Oleh:



0 comments :

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
      faceblog © 2013 · re-designed by J. KingRaja           About · Advertising · Create a Page · Developers · Careers · Privacy · Terms · Faceblog Creator · Back to Top