ini bukan facebook

Jiwa Online
Pemilik Blog: Ampuan Awang  Berkhidmat dalam: Kerajaan Malaysia (Tukang Kebun). Mana tinggal? Di Kepala Batu, Antartika Edit Profile
  Post To:
anyone or anywhere  

Ada Apa Pada Selipar Jepun!




Apa ada pada 'Selipar Jepun'
Apa yang gah pada namanya
Dibisik- bisikan ke telinga-telinga kita
Didengar-dengarkan rasa terbiasa
Dibual lama sudah berzaman lamanya


Jepun juga memiliki selipar
tapi bukan atas namanya
Alangkah bangganya bangsa Jepun
Diangkat nama segala
Walaupun hanya pada selipar


Apa istimewanya 'Selipar Jepun'
Sehingga martabatnya dilambungkan
Mengapa tidak diletakkan saja
'Selipar Orang Putih'
atau...
'Selipar Benggali Putih'
atau...
'Selipar British Bersatu''
atau...
'Selipar Hindia Timur'
atau...
'Selipar Ferringhi'!


Duhai anak bangsa
Tiada nilai apa pun sebenarnya
Pada gelar nama 'Selipar Jepun'
melainkan letaknya hanya pada kaki
sebagai pengalas bagi mengelak terkena duri


Renungkanlah sebentar:


Negara Jepun maju berlipat kali ganda
berbanding negara kita yang tiada pernah
ditimpakan sekuat bom atom di Hiroshima dan Nagasaki
Di mana Jepun pernah meraung tangis
membasah pada pipi-pipi anak bangsa mereka
Tapi mereka tetap teguh berdiri
Tetap terus bangkit maju
Ke hadapan berkilo-kilometer daripada kita


Mereka tidak perlu menukarkan bahasa
Pada buku-buku nota mereka
juga pada segala teori ilmu hisabnya
Mereka tidak sekali-kali mahu
Menganak-tirikan bahasa ibunda
Pada setiap hasil karangan mereka
Bangsa Jepun tidak sekali-kali merasa malu
membudayakan bahasanya di ceruk rantau dunia
Bandingkan semula; lihatlah apa sudah jadi dengan kita!


'Selipar Jepun'
Sudah menjadi tanda mata bermakna buat negara Jepun
Dinobat dan ditabalkan di atas bumi kita
Mari mengambil iktibar satu lima dua
Bahasa kita harus dinobat terlebih dahulu
Canangkanlah tanpa perlu berasa malu
Andai perlu; mari kita usung keranda
Berarak menuju ke sidang parlimen
Sebagaimana yang pernah berlaku
Suatu ketika dahulu...


Hasil datang dari minda kelas ke-3: Ampuan Awang

1 comments :

UstazCahaya said...

Salam ziarah.

Bingkisan yang baik tentang selipar jepun. Benar belaka apa yang saudara tuliskan.

Saya juga ada menulis tentang selipar jepun di blog saya beberapa hari yang lalu. Ini url nya:

http://ustazcahaya.blogspot.com/2010/02/kisah-selipar-lagi-memang-tapi-kamu.html

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
      faceblog © 2013 · re-designed by J. KingRaja           About · Advertising · Create a Page · Developers · Careers · Privacy · Terms · Faceblog Creator · Back to Top