ini bukan facebook

Jiwa Online
Pemilik Blog: Ampuan Awang  Berkhidmat dalam: Kerajaan Malaysia (Tukang Kebun). Mana tinggal? Di Kepala Batu, Antartika Edit Profile
  Post To:
anyone or anywhere  

Tapak Kakiku Di Muka Sang Presiden Di Washington D.C






Mereka di sana
Takkan berhenti merencana
Menimbulkan isu propaganda
Memutar-belitkan fakta
Meraih sokongan dunia
Dengan kuasa yang mereka ada


Mereka memintal-mintal tali
Cuba menjerut tanpa sedar
Lalu menyerang mangsanya
Dari arah depan dan belakang
Dari segenap penjuru arah
Tanpa belas kasihan


Tiadakan pernah lahir
Kesedaran si kulit putih
Takkan mereka berhenti
Menodai hak asasi dunia
Niat mereka membantu
Berisi niat tersembunyi
Hendak mencengkam bumi
Dengan kuku besi tajam
Berada di hujung jari mereka




Cis! Usah sujud pada kuasa
yang bertuhankan Iblis laknatullah
Terang-terangan aku khabarkan
buat mereka di Washingson D.C
Akan aku jerit sekuatnya:


"Kalian kejam; kalian pembunuh!"


Dan ku ulangi sekali lagi:


"Kalianlah dalang; Kalianlah penyumbang keganasan!"


Dan tapak kakiku
akan kusampaikan
ke muka Sang Presiden
sebagai penganti
balingan kasut
daripada wartawan Iraq
Lalu menjadi bukti
dan tercatat dalam sejarah
yang takkan hilang
sampai bila-bila!



Golongan kelas ke-3 menulis ini: Ampuan Awang

1 comments :

Mybabah said...

Salam Awang. Sebelum singgah tapak kakimu di muka Presiden, telah sampai di mukanya segenggam najis yang telah kuperam sebulan di dalam kantong perut ini. Kebencianku kepada sang presiden sejengkal lebih tebal daripada kebencianmu...

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
      faceblog © 2013 · re-designed by J. KingRaja           About · Advertising · Create a Page · Developers · Careers · Privacy · Terms · Faceblog Creator · Back to Top