ini bukan facebook

Jiwa Online
Pemilik Blog: Ampuan Awang  Berkhidmat dalam: Kerajaan Malaysia (Tukang Kebun). Mana tinggal? Di Kepala Batu, Antartika Edit Profile
  Post To:
anyone or anywhere  

Oh Jiwa Lara - Merdekarama






Aku menemukan sesuatu
dari muka pintu itu
Terpamer jelas kesalahan
bersama kesilapan
Aku sedia maklum
akan ketidakwarasan fikiranku
menerima mereka dahulu


Oh, sungguh malang sekali
kerana aku ini tiada punya dua hati
untuk ku bahagi-bahagikan
pada teman-teman seperjuanganku
Meskipun perdamaian termeterai
Rasa maluku pada mereka
Sebesar bumi!


Tiada pernahku berfikir dahulu
Sewaktu menerima perjanjian
yang diajukan mereka
dan teman-teman dari puak kiri
memintaku agar terus teguh
mempertahankannya
Demi kekukuhan ekonomi
berlabelkan kod siri 'PENJAJAH'
dan terus-terusan mendesak
agar aku melakukannya


Dan pada akhirnya
Aku tiada menyangka
Bahawa akulah satu-satunya
Orang yang berjaya bertahan
bertemankan suku 'PENJAJAH'
yang menjamah setiap inci
tanah tumpah darahku
Akan tetapi disebabkan
Perilaku baik mereka
Aku membiarkan
mereka menaikkan bendera
pada tiang yang terpacak
di tengah ibukota


Sementara teman-temanku
yang datang dari puak kiri
Bertepuk-tepuk tangan
Penuh takzim berisi girang
sambil menyatakan bahawa
aku sudah berjaya
membebaskan tanah air ini
dari cengkaman mereka
yang bergelar 'PENJAJAH'
Walhal negaraku sebenarnya
masih lagi lahap dijamah diperkosa


Kemerdekaan yang direstui
Dilangkahi, direndahkan martabatnya
dan ia bagaikan berada di atas lantai
menjadi tempat injakkan kaki
di kaki lima anjung rumah
Lalu, apa lagi yang ada pada diri?
Merdekakah negaraku?
Merdekakah tanah airku?
Merdekakah tetanggaku?
yang lahir dari berbilang suku?


Oh, Merdeka...
Sulit untukku percaya lagi
Setiap ucap manis yang terluah
dari mulut segerombolan manusia
yang bergelar 'PENGKHIANAT'
Dan pastinya sukar bagi diriku
memaafkan mereka
Meskipun aku mati
dan dibangkitkan kembali
beribu kali!



Ciptakarya kelas ke-3 oleh: Ampuan Awang

0 comments :

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
      faceblog © 2013 · re-designed by J. KingRaja           About · Advertising · Create a Page · Developers · Careers · Privacy · Terms · Faceblog Creator · Back to Top