ini bukan facebook

Jiwa Online
Pemilik Blog: Ampuan Awang  Berkhidmat dalam: Kerajaan Malaysia (Tukang Kebun). Mana tinggal? Di Kepala Batu, Antartika Edit Profile
  Post To:
anyone or anywhere  

Oh Jiwa Lara - Hakikat Hak Pada Yang Berhak





Oh jiwa
Apakah perihumanismu
melampaui batas
di mana ia lahir
dari jiwamu yang kosong
tanpa kau menyangka
petualang rimba
sedang mara ke hadapan
tanpa kau sedar langsung
akan derap tapak kakinya
berpijakan di atas muka bumi kita ini




Oh jiwa
Tiadakah kau sedar
darah manismu
sedang disedut
dengan rakusnya
tanpa kau sedar
mereka kekenyangan
dan duduk membulat
terlena di atas tanah
pusaka moyangmu
yang kau sangka
masih berada
di dalam kekuasaanmu
rupanya sudah lama
diragut!
Lalu diserahlah kau
kepada Tuan barumu
menjadi abdi setia
yang rela dicucuk hidung
rela dihumbankan
ke sana ke mari




Oh jiwa
Tiadakah kau sedar
kebahagiaanmu direnggut
Tiadakah kau sedar
diri sedang dijajakan
dengan nilai bidaan
yang terpaling rendah
seolah harga dirimu
terlalu murah
sehingga mereka
berasa senang
lalu terus mencengkam
lara kembara perjalanan
kehidupan hadapanmu
dan kau pula
lebih senang berdiam
berdiri tanpa kaki
sedangkan kau
masih lagi berkaki!




Oh jiwa
Kau siapa?
Dia siapa?
Kita siapa?
Mereka siapa?
Mengapa kau harus diam
sedang kau sedar
hakmu dicerobohi
Mengapa kau berlembut hati
sedangkan kau tahu
kehendak jiwa-jiwa itu
hendak menghunjam dirimu
masuk ke dalam gaung
dan kau masih lagi rela
kekononnya kesabaran
membatasi segalanya
Kau redha; aku terima
Kau rela; aku tiada
Kau suka; aku tak berbunyi
Aku diam membisu




Oh jiwa lihatlah
lidahku seolah putus
dikerat saudara
seperjuanganku sendiri
sedang lidah mereka
masih senang memanjang
dan mampu lagi menjelir
menjilat dan meratah
tubuh teman-temanmu
Tanpa ada rasa malu
Tanpa ada rasa ragu
Tanpa ada rasa jemu!




Oh jiwa, jiwa, jiwa
Lidahku kelu dengan seribu bahasa
yang tiada mampu kuluah
kerana aku bukan siapa-siapa
hanya kerana gelar peribumi
akan kuperjuangkan
waima lidahku dikerat lima
diputuskan berjuta-juta kali!



Tangan kelas ke-3 menulis ini: Ampuan Awang
Sedar Tak Sedar; Tak Sedar Tapi Sedar?

1 comments :

cemomoi said...

selagi si kitul kejap dalam diri
selagi mendaliar bermaharajalela
selagi diri lemas terkapai
selagi itu kita menjadi macai

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
      faceblog © 2013 · re-designed by J. KingRaja           About · Advertising · Create a Page · Developers · Careers · Privacy · Terms · Faceblog Creator · Back to Top