ini bukan facebook

Jiwa Online
Pemilik Blog: Ampuan Awang  Berkhidmat dalam: Kerajaan Malaysia (Tukang Kebun). Mana tinggal? Di Kepala Batu, Antartika Edit Profile
  Post To:
anyone or anywhere  

Oh Jiwa Lara - Hakikat Akal Budi Bersama Pancaindera






Kita ini seperti dibutakan waima kita sedar kita bermata


Kita ini seperti ditulikan waima kita sedar kita bertelinga


Kita ini seperti dibisukan waima kita sedar kita bermulut


Seringkali kita lupa untuk berfikir


Waima kita sedar; kita ini berotak


... dan lebih malang lagi;


Bagaimana boleh kita lupa akan cara atau langkah


sedangkan kita sendiri sedar yang kita ini berakal!


Buah fikiran dari jenis mana yang menjadi pilihan?


.. adakah ia bermula dari masam ke manis


atau dari pahit ke tawar?


Sekali lagi jiwa mengambil peranan


dalam mengubat kesedihan


asbab keperitan yang mencengkam


pada kalbu yang terhalang


dan terlindung dari


Nur Cinta Kasih Tuhan-Nya.






Oh jiwa, jiwa, jiwa


jangan lemaskan dirimu


Apungkanlah diri


Berpulanglah kembali


ke pangkuan-Nya






Oh jiwa, jiwa, jiwa


Celikkan matamu yang tak buta


Tajamkan pendengaranmu yang tak tuli


Luahkan tutur lembut kerana aku tahu


Kalian bukannya bisu!



Tangan dari kelas ke-3 yang menulis ini: Ampuan Awang

1 comments :

Mybabah said...

Salam. Sangat puitis. Saya tidak berbakat melakarkan kata-kata seperti ini. Semacam dah "give-up"...

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
      faceblog © 2013 · re-designed by J. KingRaja           About · Advertising · Create a Page · Developers · Careers · Privacy · Terms · Faceblog Creator · Back to Top