ini bukan facebook

Jiwa Online
Pemilik Blog: Ampuan Awang  Berkhidmat dalam: Kerajaan Malaysia (Tukang Kebun). Mana tinggal? Di Kepala Batu, Antartika Edit Profile
  Post To:
anyone or anywhere  

Saat Aku Terbang (Ulangan)



Saat aku terbang
Ingin sekali aku berhenti
di atas awan
Aku inginkan ketenangan
dari terjah menerjah
yang sering datang menerjang
menujah masuk
di ruang kalbuku

Saat aku terbang
Ingin sekali rasanya
tempat perhentianku itu
kolam yang punya air tenang
agar bisa kukocak seorangan
sebelum ada orang lain hadir
mengganggu kolah mandianku
mengecap ketenangan
yang seharusnya
menjadi milikku

Saat aku terbang
Ingin rasanya
tempat teduhanku
dibalik pepohon rimbun
agar aku dapat rasakan
betapa nikmatnya
ketika berada
di atas dahan pokok
sambil mataku jatuh
merenung mereka
yang berada di bawah sana
Pasti berbeza keadaannya

di kala itu,
... tiadakan datang gangguan
... tiadakan datang cercaan
... tiadakan datang sumpahan
kerana aku ini bukan,
berpenyakitan
hanya kerana
impianku ingin terbang
meluncur laju
menembus awan

Saat aku terbang
aku perlukan bantuan
dari mereka yang mengaku
kasih dan sayang
terhadap diriku

... Mari,
biar kupeluk dirimu
kita sudah lepas berakad
dirimu halal buatku
Temani aku...

... Mari,
Temani aku terbang
aku tiada mahu
terbang seorangan
kerana aku ada kamu

... Ayuh,
Terbang bersama
mari kita siapkan sayap
kita lebarkannya
bermula dari timur dan barat
agar mudah
dan bisa untuk kita
... terbang menuju
ke angkasa raya

** Terbanglah ke langit
Dirimu sentiasa berada
di dalam hatiku...
dari saat aku kenal kamu!
Ayuh, Terbang...


Tangan yang menulis: A. Awang
Kisah Itu Buat Aku Tersenyum Dalam Diam-diam

2 comments :

Mybabah said...

Salam bro. Awal-awal dahulu saya ingat anda blogger yang biasa-biasa sahaja. Tanggapan itu berpunca daripada anda yang terlalu merendah diri apabila berbicara (bahasa tulisan). Setelah separuh kenal(belum kenal sepenuh), rupa-rupanya anda luar biasa...handal berpencak bahasa, menari kata...

Ampuan Awang said...

Waalaikumussalam. Saya memangpun rendah martabat tapi taklah ke bawah sangat. Setiap kita ada jaya dan terhina. Mungkin ini semua bergantung kepada diri masing-masing sebab saya akan tetap begini; tetap tiadakan suka akan nama yang dilambung tinggi2; khuatir terjatuh @ tersadung mencium tanah... terima kasih atas komen, saya hargainya. Satu lagi, setiap tulisan yang ditulisan yang dilekatkan dalam blog ini bermula dari blog saya yang asal iaitu ampuanawang.blogspot.com

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
      faceblog © 2013 · re-designed by J. KingRaja           About · Advertising · Create a Page · Developers · Careers · Privacy · Terms · Faceblog Creator · Back to Top