ini bukan facebook

Jiwa Online
Pemilik Blog: Ampuan Awang  Berkhidmat dalam: Kerajaan Malaysia (Tukang Kebun). Mana tinggal? Di Kepala Batu, Antartika Edit Profile
  Post To:
anyone or anywhere  

Si Jalak Lenteng Hilang Taji

Ke mana larinya
pejuang sejati
Dahulunya lantang
suaranya menyahut
Umpama Si Jalak Lenteng
ulahnya di pentas
ketika itu
nyaring yang amat
Pedas terasa di telinga
bukan di mulut

Tapi itu dahulu
Ketika sifat pemberanimu tinggi
Namun kini
Dia menyendiri
melarikan diri
Ternyata sekali
Dia takut menghadapi
bayang-bayang
Miliknya sendiri.


** Nampaknya aku terpaksa berlaku adil kepada blog yang satu ini. Biarlah aku isi jua walaupun sedikit. Sekadar menampalkan puisi-puisi yang tiada nilai di mata orang. Biarlah, yang penting hati puas. Sekian. Terima kasih atas perhatian kalian yang sering bertandang dan menjenguk masuk ke dalam blog hamba yang sekangkang kera isinya ini.


Tangan yang menulis: Ampuan Awang
Pemilik Blog 'Majoriti vs Minoriti'. Silalah Berkunjung Ke Sana.

3 comments :

Teruna Alam said...

Kekalkan blog ini sebagai catitan perjalanan diri. Puisi adalah satu pendedahan yang penuh rahsia tetapi dapat difahami oleh penuulisnya sendiri.

Saya masih duduk di pinggir cuba memahami perkataan demi perkataan, baris demi baris. Ingin juga mengenali penulisnya dan tentunya latarbelakangnya sekali. Bukan untuk menjaga tepi kain tetapi sebagai pelengkap untuk memahami puisi yang ditulis; dapat dirasa dan diraba pengertiannya.

ZULKIFLI BIN MOHAMED said...

Salam saudara Ampuan Awang,

"kunjungan ke mari".

Teruna Alam said...

Si Jalak Lenteng tidak hilang tajinya, bukan kerana melarikan diri dan takut pada bayang-bayangnya sendiri. Dia hanya mahu menyendiri. Si Jalak lebih bijak hari ini apabila tidak mahu seangkatan yang berjuang di medan yang salah.

Katanya kemenangan untuk memperolehi'kebenaran' itu tidak dapat diperolehi dengan cara itu. Ia kini berusaha berjuang untuk menerobos ke dalam dirinya.

Perjuangan ke luar itu tak tercapai tak bertemu langit tetapi sedalam-dalam laut, terjejak pada dasarnya.

Biarlah Si Jalak berdiam dikatakan hilang tajinya. Dia lebih aman dan damai dengan dirinya. Kebenaran telah mula menyelimuti dirinya dari beku kesejukan dan dari rentung kepanasan.

Kebenarannya berbeza dari angkatan yang banyak di luar bertempur di medan yang penuh ilusi dan angan-angan.

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
      faceblog © 2013 · re-designed by J. KingRaja           About · Advertising · Create a Page · Developers · Careers · Privacy · Terms · Faceblog Creator · Back to Top